Masyarakat lebah:
Masyarakat lebah terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu:
Ratu Lebah
Lebah Betina (Pekerja)
Lebah Jantan.
Ratu lebah hanya memakan susu lebah sahaja sepanjang hayatnya dan berupaya menghasilkan telur sehingga 3000 biji sehari. Ratu lebah berupaya hidup sehingga 8 tahun jika dibandingkan dengan lebah pekerja selama 50 hari sahaja. Beratnya sehingga tiga kali ganda manakala saiz badannya pula sehingga dua kali ganda lebah pekerja. Setiap satu koloni lebah mempunyai lebih kurang 5,000 hingga 30,000 lebah.
Lebah betina (pekerja) pula bekerja untuk menyelesaikan segala tugas dengan membawa balik madu dan debunga dan diberi kepada lebah pekerja muda (5 hingga 15 hari) untuk diproses dimana bahan tersebut dimakan dan dihadamkan serta diserapkan kebahagian kepala lalu bercampur dengan sejenis cecair yang keluar dari kelenjar faringal, maka bahan yang keluar dari mulut lebah pekerja muda dinamakan susu lebah
Lebah jantan hanya ditugaskan untuk mengawan dengan ratu lebah sahaja bagi menghasilkan telur pada setiap hari.
Bahan-bahan yang terkandung dalam susu lebah:
|
Seperti yang diketahui badan kita memerlukan banyak protein, zat galian, enzim, vitamin dan hormon untuk pembesaran, perembesan sel sel hormon, penghasilan sel sel kulit yang baru, sistem ketahanan badan, kekuatan tulang serta meningkatkan kadar metabolisme badan. |
Bahan Tambahan: |
1.) 10 HDA - 10 Hidroksi Desenoik Asid 2.) Peptida atau Insulin 3.) Kolagen 4.) Poratin 80% kegunaan susu lebah adalah untuk wanita, memandangkan wanita banyak mengidap pelbagai penyakit seperti :
Susu lebah juga berupaya mengubati penyakit penyakit seperti:
Susu lebah juga amat berkesan sekali bagi wanita wanita yang menjangkau usia 47 tahun dimana proses menopause (putus haid) akan berlaku. Susu lebah berupaya melambatkan proses menopause kerana bahan yang terkandung didalamnya seperti hormon dan poratin dapat membantu menghasilkan sel sel otot baru serta perembesan sel sel hormon yang baru. 5.) AsetiKolin 6.) 3 % Bahan R |
Al Qur'an juga menempatkan secara istimewa lebah madu menjadi sebuah surah yaitu An Nahl (lebah Madu). dalam salah satu ayatnya (Surah An Nahl ayat 68-69 tertulis: Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah di mudahkan. Kemudian dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang berfikir.
